Program Literasi Kompas Kewangan @ Dewan MPAJ, Kampung Cheras Baru

Yayasan TZA dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menganjurkan Program Literasi Kompas Kewangan bertempat di Dewan MPAJ, Kampung Cheras Baru, dengan penyertaan seramai 30 orang peserta.

Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang bijak, amalan menyimpan secara konsisten serta perlindungan takaful sebagai persediaan menghadapi cabaran kewangan pada masa hadapan.

Menerusi program ini, para peserta berpeluang menambah pengetahuan dan memahami dengan lebih mendalam aspek perancangan kewangan, termasuk kepentingan membina tabiat menyimpan serta mendapatkan perlindungan kewangan yang bersesuaian. Pendedahan ini diharap dapat membantu peserta membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen Yayasan TZA dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan dan pembangunan ilmu, khususnya dalam aspek literasi kewangan. Kerjasama bersama PTPTN juga membuka ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan pendedahan dan pemahaman yang lebih baik mengenai perancangan kewangan jangka panjang.

Yayasan TZA berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan bagi memupuk budaya celik kewangan dalam kalangan masyarakat serta melahirkan individu dan keluarga yang lebih berdaya tahan dari sudut kewangan.

Ilmu kewangan hari ini, kesejahteraan hidup pada masa hadapan.

‍

Programme Details

Date:

November 21, 2026

Location:

Dewan MPAJ Kampung Cheras Baru

Follow us
No items found.